+ Apakah itu Entopia By Night?
Entopia By Night ialah pengalaman malam yang unik, di mana kawasan taman hidupan luaran diubah menjadi dunia biofluoresens dan penerokaan hidupan malam.
Berbeza dengan pengalaman waktu siang, program ini memberi fokus kepada:
– Sains cahaya semula jadi (biofluoresens)
– Serangga dan organisma nokturnal
– Sesi pembelajaran interaktif secara hands-on
Ia direka untuk memberikan pengunjung perspektif berbeza tentang alam pada waktu malam, sekali gus menggalakkan rasa ingin tahu dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap adaptasi alam semula jadi.
+ Apakah keunikan Entopia By Night?
Entopia By Night ialah pengalaman taman biofluoresen pertama di dunia, di mana pengunjung dapat melihat fenomena pendarfluor semula jadi pada spesies tumbuhan terpilih serta haiwan seperti kala jengking, cicak tokek dan katak. Pengalaman ini memberikan perspektif yang berbeza tentang alam semula jadi pada waktu malam.
+ Apakah itu biofluoresens?
Biofluoresens ialah fenomena semula jadi di mana organisma hidup menyerap cahaya ultraungu (UV) dan memancarkannya semula sebagai warna yang boleh dilihat. Fenomena ini mendedahkan corak dan ciri-ciri yang tidak dapat dilihat di bawah cahaya siang biasa.
+ Bilakah Entopia By Night beroperasi?
Entopia By Night beroperasi setiap minggu dari Khamis hingga Ahad.
– Waktu operasi: 7:00 malam – 10:00 malam
– Kemasukan terakhir: 9:00 malam
Pengunjung digalakkan untuk datang lebih awal bagi menikmati pengalaman sepenuhnya.
+ Berapakah kadar tiket masuk?
Kadar Standard
– Dewasa (13–59 tahun): MYR 40.00
– Kanak-kanak (4–12 tahun): MYR 30.00
– Warga emas (60 tahun ke atas): MYR 30.00
Semua harga tertakluk kepada cukai yang berkenaan dan boleh berubah dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
+ Apa yang boleh saya jangkakan semasa pengalaman ini?
Sepanjang taman, pengunjung akan menemui stesen penerangan di mana mereka boleh memerhati tumbuhan dan haiwan biofluoresen di bawah cahaya ultraungu (UV) serta mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran interaktif yang direka untuk menunjukkan bagaimana alam semula jadi menyesuaikan diri dan bertindak balas dalam keadaan gelap.
+ Adakah aktiviti disediakan semasa Entopia By Night?
Ya. Dari jam 7:00 malam hingga 9:00 malam, pengunjung boleh menyertai:
– Aktiviti hands-on
– Sesi pembelajaran berpandu
Sesi ini memberi pendedahan kepada:
– Fenomena biofluoresens dalam alam semula jadi
– Tingkah laku serangga dan organisma pada waktu malam
Semua aktiviti adalah:
– Berasaskan siapa cepat dia dapat (first-come, first-served)
– Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk keluarga, pencinta alam dan pelajar
+ Adakah panduan dalam Bahasa Cina disediakan untuk aktiviti?
Bantuan dalam Bahasa Cina mungkin disediakan atas permintaan.
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:
– Ketersediaan bergantung kepada staf yang bertugas
– Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang digunakan untuk semua aktiviti
+ Bolehkah saya melihat kupu-kupu pada waktu malam?
Tidak. Kupu-kupu tidak aktif pada waktu malam dan biasanya berehat selepas matahari terbenam.
Entopia By Night memberi tumpuan kepada hidupan malam dan fenomena biofluoresens, menawarkan pengalaman yang berbeza sepenuhnya berbanding lawatan pada waktu siang.
+ Bahagian Entopia yang manakah dibuka pada waktu malam?
Entopia By Night adalah pengalaman taman hidupan luaranan sahaja.
– Natureland (taman hidupan luaran): Dibuka dari 7:00 malam hingga 10:00 malam (waktu masuk terakhir pukul 9:00 malam)
– Kafe Tapestree: 7:00 malam hingga 8:30 malam (pesanan teraskhir pukul 8:30 malam)
Kawasan berikut tidak dibuka semasa Entopia By Night:
– The Cocoon (pusat penemuan tertutup): Ditutup selepas 6:00 petang
– Entopia Store: Ditutup selepas jam 6:00 petang
+ Adakah Entopia Discovery Pass sah untuk Entopia By Night?
Tidak. Entopia Discovery Pass hanya sah untuk kemasukan waktu siang sahaja.
Tiket berasingan diperlukan untuk Entopia By Night.
+ Adakah terdapat pengalaman makan malam?
Ya. Pengalaman makan malam bertemakan Biofluorescent Odyssey tersedia secara eksklusif untuk tempahan kumpulan persendirian yang terdiri daripada 20 hingga 50 orang bagi setiap kumpulan.
Pengunjung boleh memilih Pakej Biofluorescent Odyssey , yang merangkumi:
– Kemasukan ke Entopia By Night
– Pengalaman makan malam bertema yang telah dipilih
+ Apakah itu pengalaman makan Biofluorescent Odyssey?
Biofluorescent Odyssey ialah pengalaman makan bertema yang menggabungkan elemen makanan, sains dan visual yang diinspirasikan daripada alam semula jadi.
Para tetamu boleh menikmati menu khas yang telah dikurasi dalam suasana malam yang unik, sekali gus mencipta pengalaman pelbagai deria yang melengkapkan lawatan mereka.
+ Apakah pilihan menu makan malam bagi Biofluorescent Odyssey?
Tropical Harvest
– Deep Fried Chicken Pineapple Hawaiian Style dengan Honey Mustard Sauce
– Cucumber Roll bersama Mashed Potato dan Chuka Wakame
– Sup Kacang Pea Berkrim
– Tacca Lime Soda
Seaside Herb Voyage
– Fish Piccata dengan Sos Herba Berkrim Mentega
– Cucumber Roll bersama Mashed Potato dan Chuka Wakame
– Sup Kacang Pea Berkrim
– Tacca Lime Soda
+ Bilakah waktu makan malam tersedia?
Slot yang tersedia:
– 7:00 malam
– 8:00 malam
+ Bagaimana cara untuk membeli pakej makan bertema Biofluorescent Odyssey?
– Pakej makan bertema boleh dibeli melalui:
– Eksklusif untuk tempahan kumpulan persendirian yang terdiri daripada 20 hingga 50 orang bagi setiap kumpulan.
– Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.
– Untuk tempahan, sila hubungi sales@entopia.com.
+ Bolehkah anak saya berkongsi pakej makan bertema dengan saya?
Ya. Kanak-kanak boleh berkongsi pakej makan bertema dengan seorang dewasa yang menemani.
Walau bagaimanapun, setiap kanak-kanak masih perlu mempunyai tiket masuk yang sah untuk Entopia By Night.
+ Adakah mudah untuk mendapatkan pengangkutan ke dan dari Entopia?
Ya. Pengunjung boleh memilih beberapa pilihan pengangkutan yang tersedia:
– Perkhidmatan e-hailing (contoh: Grab): Mudah didapati dan boleh ditempah melalui aplikasi mudah alih
– Perkhidmatan teksi: Bantuan boleh diatur melalui Kaunter Informasi
– Bas awam (Rapid Penang): Tersedia, dengan bas terakhir beroperasi sekitar jam 11:00 malam dari Hentian Bas Teluk Bahang berhampiran Stesen Minyak Caltex
Sila rujuk laman web rasmi Rapid Penang untuk maklumat perkhidmatan dan jadual bas:
https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-penang/rapid-pg-bus/
Sila ambil perhatian:
– Hentian bas terdekat ialah Escape Park Bus Stop, yang terletak sekitar 3 minit berjalan kaki dari Entopia
– Pengunjung dinasihatkan untuk merancang perjalanan pulang lebih awal, terutamanya bagi lawatan pada waktu lewat petang atau malam