• Entopia by Night

    Mendedahkan Keindahan Alam Semula Jadi Selepas Malam

  • Taman Biofluoresen Pertama di Dunia

    Langkahkan kaki anda ke dunia menarik Entopia By Night dan saksikan keajaiban biofluoresen

  • Pengalaman Belajar Dari Alam Semula Jadi

    Meninjau keajaiban alam sekitar dan menghayati keindahan alam semula jadi

  • Restoran Tapestree

    Santap sambil santai bersama dengan rama-rama

  • Pandora Forest

    Menjejak kaki ke alam fantasi rama-rama

Tempat ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, telah diberikan nama barunya iaitu Entopia, yang dicipta berdasarkan gabungan dua perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan pengkhususan saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga manakala Utopia merupakan sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga.

Misi Entopia adalah ingin memberi inspirasi kepada orang umum untuk bersatu semula dengan alam semula jadi melalui detik-detik keajaiban di Entopia. Justeru itu, pengunjung berpeluang mengenali pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, pepatung, kelip-kelip, kumbang, mentadak dan haiwan invertebrata lain seperti labah-labah, kala jengking dan ulat gonggok apabila mengunjungi tempat ini. Selain daripada itu, pengunjung dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis reptilia dan amfibia di habitat ciptaan semulanya. Pada keseluruhannya, pengunjung dapat memerhati dan menghayati kehidupan sebanyak 150 spesies fauna (invertebrata dan haiwan lain) di sepanjang keseluruhan pameran di Entopia.

Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik di mana pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keajaiban alam sekitar, malahan dapat menghayati keindahan alam semula jadi. Terdapat dua dunia baru di Entopia iaitu Natureland (taman luaran atau ‘outdoor gardens’) dan Cocoon (pusat penemuan tertutup atau ‘indoor discovery centre’).

 

Natureland (Taman Hidupan Luaran)

Natureland merupakan vivarium besar taman hidupan luaran Entopia. Terdapat hampir 15,000 ekor rama-rama berterbangan di taman luaran ini yang terdiri daripada lebih kurang 50 spesies rama-rama tropika. Selain daripada rama-rama, pengunjung dapat melihat pelbagai jenis reptilia, amfibia dan invertebrata-invertebrata lain yang hidup dan dipelihara di dalam habitat ciptaan semulanya. Pengunjung juga dapat melihat lebih daripada 200 spesies flora di ruang ekologi ini.

Cocoon (Pusat Penemuan Tertutup)

Selain taman luaran Natureland, Entopia turut mempunyai pusat Discovery (penemuan) tertutup yang dikenali sebagai Cocoon berkonsepkan pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata. Selain itu, ruang pameran dua tingkat ini mempunyai beberapa bahagian iaitu Pandora Forest, Metamophosis, Lumino City, Downtown Entopia dan juga tempat pembiakan rama-rama di Breeding Ground. Pengunjung boleh meneroka misteri hutan di bahagian Underground Mystery dan Understory Tales yang menempatkan pelbagai spesies serangga dan invertebrata seperti lipas Madagascar, kumbang Man-Faced, kumbang tanduk, semut Leaf Cutter dan pelbagai lagi. Lawatan ke Cocoon yang terdiri daripada 2 tingkat dijangka mengambil masa satu jam berikutan terdapat beberapa stesen pendidikan yang menawarkan permainan interaktif.

  • "Saye suka! saya suka! saya suka! Bawalah anak-anak dan keluarga anda berkunjung ke Entopia dan nikmati dan pelajari tentang alam kehidupan rama-rama dan haiwan-haiwan dan serangga lain yang terdapat di sini."
    — Maklum Balas Pelawat
  • "Terbaik antara yang terbaik di Malaysia. Kami bersama anak-anak serta cucu-cucu menghabiskan cuti sekolah di sini. Teringat masa dekat Disneyland Paris sewaktu kami berlancong dulu. Apabila sampai di satu zon yang paling kami suka, ala-ala dalam cerita Avatar begitu! Dengan cahaya yang begitu menarik seolah-olah berada di alam Fantasi... Syabas! Entopia Butterfly Farm Penang!"

    — Maklum Balas Pelawat
  • "Anak-anak saya seronok sangat sampai ajak masuk lagi sekali lepas keluar dari kedai cenderahati. Sangat berbaloi dengan harganya. Penuh dengan keterujaan. Pasti akan kembali lagi."

    — Maklum Balas Pelawat
  • "Tempat yang sangat cantik, bersih dan paling penting terdapat banyak ilmu yang saya sendiri pelajari di sini. Saya melawat ke tempat ini dengan keluarga saya dan anak saudara saya yang berusia 4 dan 6 tahun sangat sangat suka tempat ini. Harga tiket sangat sangat berbaloi."

    — Maklum Balas Pelawat

Kenali Entopia!

Klik sini untuk menonton video – Mai pakat mai ramai-ramai ke Entopia!

Waktu Lawatan

Entopia
9:00 pagi – 6:00 petang | Setiap Hari
Waktu masuk terakhir pukul 5:00 petang

Tiket boleh didapati melalui tempahan dalam talian terlebih dahulu atau di pintu masuk.

 

Entopia by Night
7:00 malam – 10:00 malam | Setiap Khamis – Ahad
Waktu masuk terakhir pukul 9:00 malam

Tiket hanya boleh didapati melalui tempahan dalam talian terlebih dahulu sahaja.

 

Kemudahan

Kaunter informasi
Bilik penyusuan bayi
Pertolongan cemas
Bilik sakit
Tandas
Bilik surau
Mesra pengguna kerusi roda
Tempat letak kenderaan & pengecas EV (terhad)
Dewan serbaguna The Sphere & The Stellar
Kafe Tapestree
Kedai cenderahati Entopia Store (dibuka kepada orang awam)
Kaunter informasi Nature Education (NED)

Peta Entopia
Harga Tiket Entopia
Kategori PelawatHarga Tiket BiasaHarga Tiket MyKad
Dewasa
(Umur 13 ke atas)
RM75RM65
Kanak-kanak
(umur 4-12)
RM55RM45
Warga Emas
(Umur 60 ke atas)
RM55RM45
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
RM238RM202
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 3 Kanak-kanak
RM282RM238
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 4 Kanak-kanak
RM326RM274
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 5 Kanak-kanak
RM370RM310
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 6 Kanak-kanak
RM414RM346
Harga Tiket Entopia by Night
Kategori PelawatHarga Tiket Biasa
Dewasa
(Umur 13 ke atas)
RM40
Kanak-kanak
(umur 4-12)
RM30
Warga Emas
(Umur 60 ke atas)
RM30
Pakej Biofluorescent Odyssey
(Pakej makan bertema + Tiket Entopia by Night)
RM98
* Jimat masa dan elakkan berbaris panjang dengan pembelian tiket atas talian!
Perhatian:

Kemasukan adalah percuma bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur 3 tahan dan ke bawah.
Sediakan kad pengenalan (Mykad) anda semasa membeli tiket masuk di kaunter.
Bayaran tiket tidak akan dikembalikan sekiranya cuaca buruk.
Pengecualian yuran masuk untuk orang kelainan upaya (OKU) tidak terpakai bagi kemasukan ke Entopia by Night.

Tempahan rombongan:

Rombongan lawatan (20 orang pelawat atau lebih) boleh mendapatkan potongan harga jika tiket ditempah 2 minggu sebelum lawatan.
Hubungi kami melalui emel sales@entopia.com untuk maklumat lanjut.
Bagi rombongan sekolah, sila kemukakan surat rasmi serta sebarang pertanyaan, sila emel kepada learning@entopia.com.
Diskaun untuk kumpulan juga tidak terpakai bagi kemasukan ke Entopia by Night.

Tapestree Santap Sambil Santai

Restoran Tapestree berlatarkan keindahan The Natureland dan rama-rama yang bebas berterbangan. Di Restoran Tapestree, pengunjung berpeluang untuk mengalami detik-detik istimewa bersama dengan rama-rama di samping menikmati makanan yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman. Restoran Tapestree menyediakan sajian makanan ala Asia dan Barat dan dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 6 petang.

Jimat masa dan elakkan berbaris panjang dengan pembelian tiket atas talian!

Beli Tiket Atas Talian

Info Lokasi

RapidPG_Logo

101: Dari Pengkalan Weld ke Teluk Bahang
102: Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) ke Teluk Bahang
501: Dari Balik Pulau ke Teluk Bahang