• Entopia by Night

    Mendedahkan Keindahan Alam Semula Jadi Selepas Malam

  • Taman Biofluoresen Pertama di Dunia

    Langkahkan kaki anda ke dunia menarik Entopia By Night dan saksikan keajaiban biofluoresen

  • Pengalaman Belajar Dari Alam Semula Jadi

    Meninjau keajaiban alam sekitar dan menghayati keindahan alam semula jadi

  • Restoran Tapestree

    Santap sambil santai bersama dengan rama-rama

  • Pandora Forest

    Menjejak kaki ke alam fantasi rama-rama

Tempat ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, telah diberikan nama barunya iaitu Entopia, yang dicipta berdasarkan gabungan dua perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan pengkhususan saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga manakala Utopia merupakan sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga.

Misi Entopia adalah ingin memberi inspirasi kepada orang umum untuk bersatu semula dengan alam semula jadi melalui detik-detik keajaiban di Entopia. Justeru itu, pengunjung berpeluang mengenali pelbagai jenis serangga seperti kupu-kupu, kumbang, mentadak dan haiwan invertebrata lain seperti labah-labah, kala jengking dan ulat gonggok apabila mengunjungi tempat ini. Selain itu, pengunjung dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis reptilia dan amfibia di habitat ciptaan semula jadinya. Pada keseluruhannya, pengunjung dapat memerhati dan menghayati kehidupan sebanyak 150 spesies fauna (invertebrata dan haiwan lain) di sepanjang keseluruhan pameran di Entopia.

Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik di mana pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keajaiban alam sekitar, malahan dapat menghayati keindahan alam semula jadi. Terdapat dua dunia baru di Entopia iaitu Natureland (taman luaran atau ‘outdoor gardens’) dan Cocoon (pusat penemuan tertutup atau ‘indoor discovery centre’).

Natureland (Taman Hidupan Luaran)

Natureland merupakan vivarium besar taman hidupan luaran Entopia. Terdapat hampir 15,000 ekor rama-rama berterbangan di taman luaran ini yang terdiri daripada lebih kurang 50 spesies rama-rama tropika. Selain daripada rama-rama, pengunjung dapat melihat pelbagai jenis reptilia, amfibia dan invertebrata-invertebrata lain yang hidup dan dipelihara di dalam habitat ciptaan semulanya. Pengunjung juga dapat melihat lebih daripada 200 spesies flora di ruang ekologi ini.

Cocoon (Pusat Penemuan Tertutup)

Selain taman luaran Natureland, Entopia turut mempunyai pusat Discovery (penemuan) tertutup yang dikenali sebagai Cocoon berkonsepkan pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata. Selain itu, ruang pameran dua tingkat ini mempunyai beberapa bahagian iaitu Pandora Forest, Metamophosis, Insect Museum, Downtown Entopia dan juga tempat pembiakan rama-rama di Breeding Ground. Pengunjung boleh meneroka misteri hutan di bahagian Underground Mystery dan Understory Tales yang menempatkan pelbagai spesies serangga dan invertebrata seperti lipas Madagascar, kumbang Man-Faced, kumbang tanduk, semut Leaf Cutter dan pelbagai lagi. Lawatan ke Cocoon yang terdiri daripada 2 tingkat dijangka mengambil masa satu jam berikutan terdapat beberapa stesen pendidikan yang menawarkan permainan interaktif.

  • "Saye suka! saya suka! saya suka! Bawalah anak-anak dan keluarga anda berkunjung ke Entopia dan nikmati dan pelajari tentang alam kehidupan rama-rama dan haiwan-haiwan dan serangga lain yang terdapat di sini."
    — Maklum Balas Pelawat
  • "Terbaik antara yang terbaik di Malaysia. Kami bersama anak-anak serta cucu-cucu menghabiskan cuti sekolah di sini. Teringat masa dekat Disneyland Paris sewaktu kami berlancong dulu. Apabila sampai di satu zon yang paling kami suka, ala-ala dalam cerita Avatar begitu! Dengan cahaya yang begitu menarik seolah-olah berada di alam Fantasi... Syabas! Entopia Butterfly Farm Penang!"

    — Maklum Balas Pelawat
  • "Anak-anak saya seronok sangat sampai ajak masuk lagi sekali lepas keluar dari kedai cenderahati. Sangat berbaloi dengan harganya. Penuh dengan keterujaan. Pasti akan kembali lagi."

    — Maklum Balas Pelawat
  • "Tempat yang sangat cantik, bersih dan paling penting terdapat banyak ilmu yang saya sendiri pelajari di sini. Saya melawat ke tempat ini dengan keluarga saya dan anak saudara saya yang berusia 4 dan 6 tahun sangat sangat suka tempat ini. Harga tiket sangat sangat berbaloi."

    — Maklum Balas Pelawat

Kenali Entopia!

Klik sini untuk menonton video – Mai pakat mai ramai-ramai ke Entopia!

Waktu Lawatan

Entopia
9:00 pagi – 6:00 petang | Setiap Hari
Waktu masuk terakhir pukul 5:00 petang

Tiket boleh didapati melalui tempahan dalam talian terlebih dahulu atau di pintu masuk.

Entopia by Night
7:00 malam – 10:00 malam | Setiap Khamis – Ahad
Waktu masuk terakhir pukul 9:00 malam

Tiket hanya boleh didapati melalui tempahan dalam talian terlebih dahulu sahaja.

 

Kemudahan

Kaunter informasi
Bilik penyusuan bayi
Pertolongan cemas
Bilik sakit
Tandas
Bilik surau
Mesra pengguna kerusi roda
Tempat letak kenderaan & pengecas EV (terhad)
Dewan serbaguna The Sphere & The Stellar
Kafe Tapestree
Kedai cenderahati Entopia Store (dibuka kepada orang awam)
Kaunter informasi Nature Education (NED)

Peta Entopia
Harga Tiket Entopia
Kategori PelawatHarga Tiket BiasaHarga Tiket MyKad
Dewasa
(Umur 13 ke atas)
RM75RM65
Kanak-kanak
(umur 4-12)
RM55RM45
Warga Emas
(Umur 60 ke atas)
RM55RM45
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
RM238RM202
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 3 Kanak-kanak
RM282RM238
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 4 Kanak-kanak
RM326RM274
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 5 Kanak-kanak
RM370RM310
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 6 Kanak-kanak
RM414RM346
Harga Tiket Entopia by Night
Kategori PelawatHarga Tiket Biasa
Dewasa
(Umur 13 ke atas)
RM40
Kanak-kanak
(umur 4-12)
RM30
Warga Emas
(Umur 60 ke atas)
RM30
Pakej Biofluorescent Odyssey
(Pakej makan bertema + Tiket Entopia by Night)
RM98
* Jimat masa dan elakkan berbaris panjang dengan pembelian tiket atas talian!
Perhatian:

Kemasukan adalah percuma bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur 3 tahan dan ke bawah.
Sediakan kad pengenalan (Mykad) anda semasa membeli tiket masuk di kaunter.
Bayaran tiket tidak akan dikembalikan sekiranya cuaca buruk.
Pengecualian yuran masuk untuk orang kelainan upaya (OKU) tidak terpakai bagi kemasukan ke Entopia by Night.

Tempahan rombongan:

Rombongan lawatan (20 orang pelawat atau lebih) boleh mendapatkan potongan harga jika tiket ditempah 2 minggu sebelum lawatan.
Hubungi kami melalui emel sales@entopia.com untuk maklumat lanjut.
Bagi rombongan sekolah, sila kemukakan surat rasmi serta sebarang pertanyaan, sila emel kepada learning@entopia.com.
Diskaun untuk kumpulan juga tidak terpakai bagi kemasukan ke Entopia by Night.

Tapestree Santap Sambil Santai

Restoran Tapestree berlatarkan keindahan The Natureland dan rama-rama yang bebas berterbangan. Di Restoran Tapestree, pengunjung berpeluang untuk mengalami detik-detik istimewa bersama dengan rama-rama di samping menikmati makanan yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman. Restoran Tapestree menyediakan sajian makanan ala Asia dan Barat dan dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 6 petang.

Jimat masa dan elakkan berbaris panjang dengan pembelian tiket atas talian!

Beli Tiket Atas Talian

Mari terokai kebijaksanaan serangga!

Soalan Lazim

Tentang Entopia

+ Apakah itu Entopia?
Entopia ialah sebuah pusat pembelajaran alam semula jadi yang menggabungkan dunia serangga dan tumbuhan, membolehkan pengunjung merasai keharmonian alam melalui persekitaran yang imersif dan interaktif.

+ Apakah jenis pengalaman pembelajaran yang ditawarkan di Entopia?
Entopia menawarkan pengalaman seperti “kelas hidup”, di mana pengunjung dapat perhatikan proses semula jadi seperti kitaran hidup kupu-kupu serta memahami biodiversiti dengan lebih mendalam melalui pameran interaktif dan pembelajaran berasaskan alam.

+ Apakah yang boleh dijangkakan semasa melawat Entopia?
Pengunjung boleh menerokai taman hidup yang subur dengan kupu-kupu yang bebas terbang serta kepelbagaian tumbuhan, di samping pameran dalaman interaktif yang direka untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan pembelajaran tentang alam semula jadi.

+ Berapakah bahagian utama yang terdapat di Entopia?
Entopia terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Natureland (taman hidupan luaran)
  • The Cocoon (pusat penemuan tertutup)

+ Apakah itu Natureland?
Natureland ialah taman vivarium luar yang menempatkan pelbagai jenis haiwan, termasuk invertebrata hingga reptilia, yang hidup dalam habitat semula jadi yang direka dengan teliti.
Ia juga merupakan taman kupu-kupu terbesar di Malaysia, menampilkan sehingga 15,000 ekor kupu-kupu bebas terbang daripada sekitar 40 spesies, serta lebih daripada 200 spesies tumbuhan.

+ Apakah itu The Cocoon?
The Cocoon ialah pusat penemuan tertutup yang mempunyai dua tingkat dengan pelbagai pameran dan aktiviti interaktif, direka untuk menggalakkan penerokaan kendiri serta pembelajaran secara amali. 

+ Berapakah panjang laluan di Entopia?
Laluan penerokaan kendiri di Entopia adalah sekitar 1,180 meter.

+ Berapakah keluasan binaan keseluruhan Entopia?
Jumlah keluasan binaan Entopia adalah sekitar 100,000 kaki persegi. 

+ Berapakah keluasan kawasan Entopia?
Entopia meliputi kawasan seluas sekitar 1.1 hektar (2.7 ekar).

+ Berapa banyak spesies kupu-kupu yang boleh dilihat dalam satu-satu masa?
Pengunjung boleh melihat antara 40 hingga 50 spesies kupu-kupu dalam satu-satu masa.

+ Berapa banyak kupu-kupu yang terbang bebas di Natureland?
Terdapat sehingga 15,000 ekor kupu-kupu yang terbang bebas di dalam Natureland.

+ Berapa banyak spesies tumbuhan terdapat di Natureland?
Natureland menempatkan sehingga 200 spesies tumbuhan.

+ Berapa banyak spesies haiwan atau fauna yang boleh dilihat oleh pengunjung?
Pengunjung boleh melihat sehingga 150 spesies invertebrata dan haiwan lain.

+ Berapakah kapasiti maksimum pengunjung di taman ini?
Taman ini boleh menampung sehingga 1,300 pengunjung pada satu-satu masa, dengan kapasiti yang disyorkan sebanyak 800 pengunjung bagi keselesaan optimum.

+ Adakah Wi-Fi disediakan di dalam taman?
Ya. Wi-Fi percuma disediakan di seluruh kawasan taman dan tidak memerlukan kata laluan.

+ Berapakah kadar tiket masuk ke Entopia?

Entopia menawarkan kadar tiket yang berbeza untuk pelawat antarabangsa dan penduduk Malaysia.

Kadar Standard (Pelawat Antarabangsa)

  • Dewasa (13–59 tahun): MYR 75.00
  • Kanak-kanak (4–12 tahun): MYR 55.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): MYR 55.00

Kadar Khas MyKad (Penduduk Malaysia)

  • Dewasa (13–59 tahun): MYR 65.00
  • Kanak-kanak (4–12 tahun): MYR 45.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): MYR 45.00

Semua harga adalah tertakluk kepada cukai yang berkenaan (jika ada) dan boleh berubah dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Pengunjung dinasihatkan untuk menyemak laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.

+ Siapakah yang layak untuk kadar khas MyKad?

Kadar khas MyKad adalah terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah
  • Penduduk tetap
  • Pemegang pas kerja, permit kerja atau pas tanggungan (untuk pembelian di kaunter sahaja)

Untuk pembelian secara atas talian, tiket MyKad Special hanya terhad kepada warganegara Malaysia dan nombor MyKad yang sah perlu ditunjukkan semasa pembelian.

+ Adakah terdapat pakej keluarga yang ditawarkan?

Ya, Entopia menawarkan Pakej Keluarga dengan penjimatan sehingga 20% untuk tiket kanak-kanak dan warga emas.

Standard (Pelawat Antarabangsa)

  • 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 238.00
  • 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 282.00
  • 2 Dewasa + 4 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 326.00
  • 2 Dewasa + 5 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 370.00
  • 2 Dewasa + 6 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 414.00

MyKad Special (Penduduk Malaysia)

  • 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 202.00
  • 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 238.00
  • 2 Dewasa + 4 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 274.00
  • 2 Dewasa + 5 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 310.00
  • 2 Dewasa + 6 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 346.00

Promosi ini:

  • Hanya tersedia di kaunter tiket dan kiosk layan diri
  • Tidak tersedia untuk pembelian atas talian

Kadar Tiket & Kemasukan

+ Berapakah kadar tiket masuk ke Entopia?

Entopia menawarkan kadar tiket yang berbeza untuk pelawat antarabangsa dan penduduk Malaysia.

Kadar Standard (Pelawat Antarabangsa)

  • Dewasa (13–59 tahun): MYR 75.00
  • Kanak-kanak (4–12 tahun): MYR 55.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): MYR 55.00

Kadar Khas MyKad (Penduduk Malaysia)

  • Dewasa (13–59 tahun): MYR 65.00
  • Kanak-kanak (4–12 tahun): MYR 45.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): MYR 45.00

Semua harga adalah tertakluk kepada cukai yang berkenaan (jika ada) dan boleh berubah dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Pengunjung dinasihatkan untuk menyemak laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.

+ Siapakah yang layak untuk kadar khas MyKad?

Kadar khas MyKad adalah terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah
  • Penduduk tetap
  • Pemegang pas kerja, permit kerja atau pas tanggungan (untuk pembelian di kaunter sahaja)

Untuk pembelian secara atas talian, tiket MyKad Special hanya terhad kepada warganegara Malaysia dan nombor MyKad yang sah perlu ditunjukkan semasa pembelian.

+ Adakah terdapat pakej keluarga yang ditawarkan?

Ya, Entopia menawarkan Pakej Keluarga dengan penjimatan sehingga 20% untuk tiket kanak-kanak dan warga emas.

Standard (Pelawat Antarabangsa)

  • 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 238.00
  • 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 282.00
  • 2 Dewasa + 4 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 326.00
  • 2 Dewasa + 5 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 370.00
  • 2 Dewasa + 6 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 414.00

MyKad Special (Penduduk Malaysia)

  • 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 202.00
  • 2 Dewasa + 3 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 238.00
  • 2 Dewasa + 4 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 274.00
  • 2 Dewasa + 5 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 310.00
  • 2 Dewasa + 6 Kanak-kanak / Warga emas: MYR 346.00

Promosi ini:

  • Hanya tersedia di kaunter tiket dan kiosk layan diri
  • Tidak tersedia untuk pembelian atas talian

+ Adakah diskaun kumpulan disediakan?
Ya. Kumpulan yang terdiri daripada 20 orang atau lebih layak menikmati kadar diskaun.

  • Terpakai untuk kumpulan korporat, lawatan pelancongan atau tempahan berkumpulan.

Untuk pertanyaan atau tempahan:

+ Bolehkah saya membeli tiket lebih awal?

Ya. Pembelian tiket awal adalah dibenarkan melalui:

  • Secara atas talian di laman web rasmi Entopia (pengesahan segera)
  • Melalui talian dari rakan kongsi rasmi yang sah

Untuk lawatan pada hari yang sama, tiket juga boleh dibeli di Entopia:

  • Kaunter tiket (sebelum jam 5:00 petang untuk lawatan siang Entopia)
  • Kiosk layan diri (sebelum jam 5:00 petang untuk lawatan siang Entopia, dan antara jam 7:00 malam hingga 9:00 malam untuk Entopia By Night (Khamis hingga Ahad)

Sila ambil perhatian:

  • Entopia tidak meluluskan penjualan tiket di kawasan parkir atau melalui pihak ketiga yang tidak sah
  • Tiket yang dibeli daripada penjual tidak sah mungkin tidak diterima dan kemasukan boleh ditolak
  • Pembelian tiket secara pukal dalam satu transaksi di kiosk layan diri perlu ditebus sekali gus.

+ Bilakah waktu terakhir pembelian tiket?

  • Entopia (Lawatan Siang): Pembelian tiket terakhir adalah pada jam 5:00 petang setiap hari di kaunter tiket
  • Entopia By Night: Pembelian tiket terakhir adalah pada 9:00 malam (Khamis hingga Ahad) secara atas talian

+ Adakah perlu menunjukkan kad pengenalan diri (ID)?

Ya. Pengunjung perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang sah semasa pembelian tiket atau ketika memasuki taman.

  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): MyKid, sijil lahir atau pasport
  • Warga emas (60 tahun ke atas): MyKad atau pasport

Entopia berhak untuk:

  • Menolak kemasukan jika pengenalan diri yang sah tidak dikemukakan
  • Meminta pengunjung membeli tiket yang betul atau membayar perbezaan harga

Semua tiket adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable), termasuk jika berlaku kesilapan pembelian tiket.

+ Adakah anda menawarkan kemasukan percuma?

Ya.

  • Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah: Kemasukan percuma
  • Pengunjung Orang Kurang Upaya (OKU) bersama kad OKU: Kemasukan percuma

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Entopia untuk menjadikan pengalaman lebih terbuka dan mudah diakses oleh semua.

Sila ambil perhatian: Kemasukan percuma OKU tidak terpakai untuk Entopia By Night.

+ Adakah tiket boleh dipulangkan atau ditukar?

Semua pembelian tiket adalah:

  • Muktamad dan tidak boleh dipulangkan
  • Tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau produk lain

Tiket juga:

  • Tidak boleh dijual semula
  • Tiket hanya sah untuk digunakan dalam tempoh yang ditetapkan

+ Apa yang perlu saya tahu tentang tiket atas talian (e-tiket)?

  • E-tiket untuk lawatan siang Entopia sah selama 45 hari dari tarikh pembelian
  • E-tiket untuk Entopia By Night hanya sah pada tarikh pembelian dilakukan
  • Setiap tiket adalah sah untuk sekali kemasukan sahaja

Untuk kemasukan, sila:

  • Tunjukkan e-tiket anda (melalui telefon bimbit atau cetakan)
  • Imbas kod QR di pintu masuk (turnstile)

Jika anda tidak menerima e-tiket:

  • Sila semak folder spam/junk e-mel anda
  • Hubungi Entopia di reservation@entopia.com untuk bantuan

+ Apakah kaedah pembayaran yang diterima untuk pembelian tiket?

Entopia menerima pelbagai kaedah pembayaran bergantung kepada saluran pembelian.

Entopia (Lawatan Siang)

  • Kaunter Tiket (Walk-in)
  • Tunai
  • Kad debit/kredit: MasterCard, Visa, China UnionPay, JCB
  • E-dompet terpilih
  • Kiosk Layan Diri (Walk-in)
  • Kad debit/kredit: MasterCard, Visa, JCB
  • Kebanyakan e-dompet
  • Perbankan Internet (FPX)
  • Pembelian Atas Talian
  • Kad debit/kredit: MasterCard, Visa, China UnionPay, JCB
  • Kebanyakan e-dompet
  • Perbankan Internet (FPX)

Entopia By Night

  • Kiosk Layan Diri (Walk-in)
  • Kad debit/kredit: MasterCard, Visa, JCB
  • Kebanyakan e-dompet
  • Perbankan Internet (FPX)
  • Pembelian Atas Talian
  • Kad debit/kredit: MasterCard, Visa, China UnionPay, JCB
  • Kebanyakan e-dompet
  • Perbankan Internet (FPX)

Nota: Pembelian walk-in di kaunter tiket tidak tersedia untuk Entopia By Night selepas jam 5:00 petang.

+ Adakah cek diterima?

Tidak. Cek peribadi dan cek kembara (travellers’ cheque) tidak diterima.

+ Apa perlu saya lakukan jika menghadapi masalah pembayaran atas talian?

Jika anda mengalami sebarang masalah semasa pembelian atas talian, sila hubungi:

Promosi & Tawaran

+ Adakah terdapat promosi atau tawaran istimewa yang sedang berlangsung?
Ya. Entopia sentiasa menawarkan pelbagai promosi, termasuk:

  • Pakej tiket dan makanan
  • Kerjasama dengan bank dan rakan kongsi
  • Tawaran bermusim dan promosi terhad

Pengunjung digalakkan untuk menyemak laman web rasmi kami bagi mendapatkan promosi dan maklumat terkini.

 

+ Di manakah saya boleh mendapatkan promosi terkini?
Anda boleh melihat semua promosi semasa di laman web rasmi berikut:

Semua tawaran dikemas kini secara berkala dan tertakluk kepada terma dan syarat.

+ Adakah pakej kombo disediakan?
Ya. Entopia menawarkan pakej kombo terpilih yang mungkin termasuk:

  • Tiket masuk
  • Hidangan istimewa (contohnya, hidangan bertema) – dining experience

Ketersediaan dan harga mungkin berbeza mengikut promosi yang sedang berlangsung.

 

+ Adakah anda menawarkan promosi dengan kerjasama bank atau rakan kongsi?
Ya. Dari semasa ke semasa, Entopia bekerjasama dengan:

  • Bank
  • Rakan korporat
  • Platform pelancongan

Promosi ini mungkin menawarkan diskaun eksklusif atau pakej gabungan.

 

+ Bolehkah promosi digabungkan dengan diskaun lain?
Secara amnya, promosi dan tawaran diskaun tidak boleh digabungkan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Pengunjung disarankan untuk merujuk terma dan syarat bagi setiap promosi.

Entopia Discovery Pass

+ Apakah itu Entopia Discovery Pass?

Entopia Discovery Pass ialah pas tahunan yang memberikan anda akses tanpa had selama 365 hari ke Entopia. Dengan pas ini, anda boleh menikmati dan meneroka taman pada bila-bila masa sepanjang tahun mengikut keselesaan anda.

+ Berapakah harga Entopia Discovery Pass?

Harga pas ini ialah RM200 seorang (berumur 4 tahun ke atas).
Pas ini sah selama satu tahun penuh bermula dari tarikh pengaktifan.

+ Di mana saya boleh membeli Entopia Discovery Pass?

Entopia Discovery Pass hanya boleh dibeli secara atas talian melalui laman web rasmi Entopia.

Ia tidak dijual di lokasi (onsite) termasuk:

  • Kaunter tiket
  • Kiosk layan diri

+ Siapakah yang layak untuk mendapatkan pas ini?

Pas ini terbuka kepada semua individu yang berumur 4 tahun ke atas.

Tiada kadar berasingan untuk dewasa, kanak-kanak atau warga emas.

+ Bolehkah pas ini dikongsi atau dipindahkan?

Tidak. Entopia Discovery Pass adalah:

  • Tidak boleh dipindah milik
  • Hanya sah untuk pemegang yang berdaftar

Tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh individu lain

+ Bolehkah saya menaik taraf atau mengubah suai pas selepas pembelian?

Tidak. Selepas pembelian, pas ini:

  • Tidak boleh dinaik taraf
  • Tidak boleh dipindahkan
  • Tidak boleh ditukar pemilik

Semua pembelian adalah muktamad.

+ Bilakah tempoh sah 365 hari bermula?

Pas akan diaktifkan secara automatik 7 hari selepas tarikh pembelian.

Selepas tarikh pengaktifan, ia akan sah untuk 365 hari berturut-turut.

+ Bolehkah saya menggunakan pas serta-merta selepas pembelian?

Tidak. Pas hanya boleh digunakan selepas tempoh pengaktifan 7 hari.

Dalam tempoh ini:

  • Kemasukan tidak dibenarkan
  • Diskaun dan keistimewaan tidak terpakai

+ Adakah saya boleh menikmati sebarang manfaat dalam tempoh 7 hari pertama?

Tidak. Semua manfaat termasuk kemasukan ke taman, diskaun dan keistimewaan lain hanya akan aktif selepas hari ke-7 dari tarikh pembelian.

+ Apa yang perlu saya lakukan untuk menebus lawatan pertama menggunakan Entopia Discovery Pass?

Untuk lawatan pertama anda, sila ke Entopia Discovery Pass Hub dan ikuti langkah-langkah berikut:

  • Tunjukkan pengesahan Entopia Discovery Pass (PDF) yang diterima melalui e-mel selepas pembelian
  • Kemukakan dokumen pengenalan diri yang sah (MyKad atau pasport) untuk pengesahan
  • Ambil gambar di Hub untuk profil pas digital anda
  • Terima ID digital Entopia Discovery Pass anda
  • Ambil gelang tangan (wristband) untuk kemasukan ke taman
  • Terima baucar istimewa (tertakluk kepada ketersediaan dan berdasarkan siapa cepat dia dapat)
  • Terima Entopia Discovery Pasport (tertakluk kepada ketersediaan dan berdasarkan siapa cepat dia dapat)

Selepas semuanya selesai, anda boleh terus ke pintu masuk untuk kemasukan.

+ Berapa kerap saya boleh melawat?

Pemegang pas boleh menikmati lawatan tanpa had, termasuk:

  • Kemasukan berbilang kali dalam sehari
  • Lawatan pada hari bekerja, hujung minggu dan cuti umum

+ Adakah pas ini sah untuk pengalaman khas seperti Entopia By Night?

Tidak. Entopia Discovery Pass hanya sah untuk kemasukan waktu siang sahaja.

Ia tidak termasuk akses kepada:

  • Entopia By Night
  • Acara khas bertiket

+ Perlukah saya membuat tempahan sebelum lawatan?

Tidak perlu. Anda boleh terus datang pada bila-bila masa dalam waktu operasi selepas pas anda diaktifkan.

+ Apa perlu saya lakukan semasa ketibaan?

Sila terus ke Entopia Discovery Pass Hub untuk proses pengesahan dan pengambilan wristband.

+ Apa yang perlu saya tunjukkan untuk pengesahan setiap kali lawatan?

Anda perlu menunjukkan:

  • ID Entopia Discovery Pass anda (digital atau cetakan)
  • MyKad atau pasport

Kedua-dua dokumen ini wajib ditunjukkan untuk tujuan pengesahan.

+ Bolehkah saya mengambil wristband hanya dengan ID pas sahaja?

Tidak. Pengesahan memerlukan ID pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

+ Adakah saya akan menerima wristband setiap kali masuk?

Ya. Wristband akan diberikan pada setiap lawatan.

Sila ambil perhatian:

  • Wristband mesti dipakai sepanjang berada di dalam taman
  • Ia akan diperiksa semasa kemasukan dan semasa berada di dalam kawasan taman

+ Bolehkah saya memakai wristband sendiri?

Tidak. Untuk tujuan keselamatan dan pengesahan, wristband akan dipasang oleh staf Entopia.

+ Apa perlu saya lakukan selepas menerima wristband?

Selepas menerima wristband:

  • Teruskan ke pintu masuk
  • Tunjukkan ID Entopia Discovery Pass bersama wristband untuk pengesahan
  • Imbasan tiket tidak diperlukan

+ Bagaimana cara menebus diskaun 25% tiket?

Untuk menikmati diskaun:

  • Tunjukkan ID Entopia Discovery Pass anda di Discovery Pass Hub
  • Beli tiket secara walk-in di lokasi

Diskaun:

  • Terhad kepada 2 tiket untuk setiap lawatan per hari
  • Tertakluk kepada ketersediaan dan terma yang berkenaan

+ Bagaimana cara menikmati keistimewaan di Kafe Tapestree?

Untuk menebus keistimewaan kafe:

  • Tunjukkan wristband dan ID pas anda di kaunter pembayaran
  • Tawaran mungkin berbeza dan tertakluk kepada ketersediaan

+ Bagaimana cara menikmati diskaun di kedai cenderahati?

Untuk menikmati keistimewaan di kedai cenderahati:

  • Tunjukkan wristband dan ID pas anda di kaunter Entopia Store
  • Diskaun dan promosi mungkin berbeza dari semasa ke semasa

+ Adakah terdapat manfaat untuk workshop Nature Discovery?

Ya. Pemegang pas boleh menikmati kadar khas untuk program workshop terpilih.

Untuk layak:

  • Sila berikan ID pas semasa pendaftaran awal
  • Diskaun tertakluk kepada ketersediaan dan terma program

+ Bagaimana cara mendaftar untuk aktiviti eksklusif pemegang pas?

Pendaftaran mesti dibuat secara atas talian terlebih dahulu.

  • Pemegang pas perlu memberikan ID pas dan butiran yang berkaitan
  • Penyertaan tertakluk kepada ketersediaan
  • Tempat adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat

+ Apa perlu saya lakukan jika saya kehilangan ID Entopia Discovery Pass?

Jika ID pas anda hilang:

  • Sila laporkan segera di Entopia Discovery Pass Hub

Penggantian atau bantuan akan diberikan mengikut budi bicara Entopia, tertakluk kepada polisi.

Entopia by Night

+ Apakah itu Entopia By Night?

Entopia By Night ialah pengalaman malam yang unik, di mana kawasan taman hidupan luaran diubah menjadi dunia biofluoresens dan penerokaan hidupan malam.

Berbeza dengan pengalaman waktu siang, program ini memberi fokus kepada:

  • Sains cahaya semula jadi (biofluoresens)
  • Serangga dan organisma nokturnal
  • Sesi pembelajaran interaktif secara hands-on

Ia direka untuk memberikan pengunjung perspektif berbeza tentang alam pada waktu malam, sekali gus menggalakkan rasa ingin tahu dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap adaptasi alam semula jadi.

+ Apakah keunikan Entopia By Night?
Entopia By Night ialah pengalaman taman biofluoresen pertama di dunia, di mana pengunjung dapat melihat fenomena pendarfluor semula jadi pada spesies tumbuhan terpilih serta haiwan seperti kala jengking, cicak tokek dan katak. Pengalaman ini memberikan perspektif yang berbeza tentang alam semula jadi pada waktu malam.

+ Apakah itu biofluoresens?
Biofluoresens ialah fenomena semula jadi di mana organisma hidup menyerap cahaya ultraungu (UV) dan memancarkannya semula sebagai warna yang boleh dilihat. Fenomena ini mendedahkan corak dan ciri-ciri yang tidak dapat dilihat di bawah cahaya siang biasa.

+ Bilakah Entopia By Night beroperasi?

Entopia By Night beroperasi setiap minggu dari Khamis hingga Ahad.

  • Waktu operasi: 7:00 malam – 10:00 malam
  • Kemasukan terakhir: 9:00 malam

Pengunjung digalakkan untuk datang lebih awal bagi menikmati pengalaman sepenuhnya.

+ Berapakah kadar tiket masuk?

Kadar Standard

  • Dewasa (13–59 tahun): MYR 40.00
  • Kanak-kanak (4–12 tahun): MYR 30.00
  • Warga emas (60 tahun ke atas): MYR 30.00

Semua harga tertakluk kepada cukai yang berkenaan dan boleh berubah dari semasa ke semasa tanpa notis awal.

+ Apa yang boleh saya jangkakan semasa pengalaman ini?

Sepanjang taman, pengunjung akan menemui stesen penerangan di mana mereka boleh memerhati tumbuhan dan haiwan biofluoresen di bawah cahaya ultraungu (UV) serta mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran interaktif yang direka untuk menunjukkan bagaimana alam semula jadi menyesuaikan diri dan bertindak balas dalam keadaan gelap.

+ Adakah aktiviti disediakan semasa Entopia By Night?

Ya. Dari jam 7:00 malam hingga 9:00 malam, pengunjung boleh menyertai:

  • Aktiviti hands-on
  • Sesi pembelajaran berpandu

Sesi ini memberi pendedahan kepada:

  • Fenomena biofluoresens dalam alam semula jadi
  • Tingkah laku serangga dan organisma pada waktu malam

Semua aktiviti adalah:

  • Berasaskan siapa cepat dia dapat (first-come, first-served)
  • Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk keluarga, pencinta alam dan pelajar

+ Adakah panduan dalam Bahasa Cina disediakan untuk aktiviti?
Bantuan dalam Bahasa Cina mungkin disediakan atas permintaan.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:
• Ketersediaan bergantung kepada staf yang bertugas
• Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang digunakan untuk semua aktiviti

+ Bolehkah saya melihat kupu-kupu pada waktu malam?

Tidak. Kupu-kupu tidak aktif pada waktu malam dan biasanya berehat selepas matahari terbenam.

Entopia By Night memberi tumpuan kepada hidupan malam dan fenomena biofluoresens, menawarkan pengalaman yang berbeza sepenuhnya berbanding lawatan pada waktu siang.

+ Bahagian Entopia yang manakah dibuka pada waktu malam?

Entopia By Night adalah pengalaman taman hidupan luaranan sahaja.

  • Natureland (taman hidupan luaran): Dibuka dari 7:00 malam hingga 10:00 malam  (waktu masuk terakhir pukul 9:00 malam)
  • Kafe Tapestree: 7:00 malam hingga 8:30 malam (pesanan teraskhir pukul 8:30 malam)

Kawasan berikut tidak dibuka semasa Entopia By Night:

  • The Cocoon (pusat penemuan tertutup): Ditutup selepas 6:00 petang
  • Entopia Store: Ditutup selepas jam 6:00 petang

+ Adakah Entopia Discovery Pass sah untuk Entopia By Night?

Tidak. Entopia Discovery Pass hanya sah untuk kemasukan waktu siang sahaja.

Tiket berasingan diperlukan untuk Entopia By Night.

+ Adakah terdapat pengalaman makan malam?

Ya. Makan malam disediakan di Kafe Tapestree.

Pengunjung boleh memilih Pakej Biofluorescent Odyssey , yang merangkumi:

  • Kemasukan ke Entopia By Night
  • Pengalaman makan malam bertema yang telah dipilih

Menu à la carte disediakan untuk pengunjung yang tidak memilih pakej makan bertema.

+ Apakah itu pengalaman makan Biofluorescent Odyssey?
Biofluorescent Odyssey ialah pengalaman makan bertema yang menggabungkan elemen makanan, sains dan visual yang diinspirasikan daripada alam semula jadi.

Para tetamu boleh menikmati menu khas yang telah dikurasi dalam suasana malam yang unik, sekali gus mencipta pengalaman pelbagai deria yang melengkapkan lawatan mereka.

+ Apakah pilihan menu makan malam bagi Biofluorescent Odyssey?

Tropical Harvest – MYR 98.00 seorang

  • Deep Fried Chicken Pineapple Hawaiian Style dengan Honey Mustard Sauce
  • Cucumber Roll bersama Mashed Potato dan Chuka Wakame
  • Sup Kacang Pea Berkrim
  • Tacca Lime Soda

Seaside Herb Voyage – MYR 98.00 seorang

  • Fish Piccata dengan Sos Herba Berkrim Mentega
  • Cucumber Roll bersama Mashed Potato dan Chuka Wakame
  • Sup Kacang Pea Berkrim
  • Tacca Lime Soda

+ Bilakah waktu makan malam tersedia?

Slot yang tersedia:

  • 7:00 malam
  • 8:00 malam

+ Bagaimana cara untuk membeli pakej makan bertema Biofluorescent Odyssey?

Pakej makan bertema  boleh dibeli melalui:

  • Atas talian di laman web rasmi (tempahan terakhir: 5:45 petang)
  • Kaunter tiket (jualan terakhir: jam 5:00 petang)

Tempat adalah terhad dan disarankan untuk membuat tempahan awal.

+ Bolehkah anak saya berkongsi pakej makan bertema dengan saya?
Ya. Kanak-kanak boleh berkongsi pakej makan bertema dengan seorang dewasa yang menemani.

Walau bagaimanapun, setiap kanak-kanak masih perlu mempunyai tiket masuk yang sah untuk Entopia By Night.

 + Adakah menu à la carte disediakan?
Ya. Menu à la carte disediakan untuk pengunjung yang tidak memilih pakej makan bertema.

  • Pesanan terakhir adalah pada jam 8:30 malam.

+ Adakah mudah untuk mendapatkan pengangkutan ke dan dari Entopia?
Ya. Pengunjung boleh memilih beberapa pilihan pengangkutan yang tersedia:

  • Perkhidmatan e-hailing (contoh: Grab): Mudah didapati dan boleh ditempah melalui aplikasi mudah alih
  • Perkhidmatan teksi: Bantuan boleh diatur melalui Kaunter Informasi
  • Bas awam (Rapid Penang): Tersedia, dengan bas terakhir beroperasi sekitar jam 11:00 malam dari Hentian Bas Teluk Bahang berhampiran Stesen Minyak Caltex

Sila rujuk laman web rasmi Rapid Penang untuk maklumat perkhidmatan dan jadual bas:
https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-penang/rapid-pg-bus/

Sila ambil perhatian:

  • Hentian bas terdekat ialah Escape Park Bus Stop, yang terletak sekitar 3 minit berjalan kaki dari Entopia
  • Pengunjung dinasihatkan untuk merancang perjalanan pulang lebih awal, terutamanya bagi lawatan pada waktu lewat petang atau malam

Panduan Waktu Lawatan

+ Apakah waktu operasi Entopia untuk sesi siang?

Entopia (sesi siang) beroperasi setiap hari, namun waktu lawatan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Entopia (Lawatan Siang)

  • Waktu operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang
  • Jualan tiket & kemasukan terakhir: jam 5:00 petang

Pengunjung digalakkan untuk datang lebih awal bagi menikmati sepenuhnya kedua-dua kawasan dalam dan luar taman.

+ Berapa lama saya perlu merancang untuk lawatan?

Secara purata, pengunjung mengambil masa sekitar 2 hingga 2.5 jam untuk meneroka Entopia.

Taman ini terdiri daripada:

  • Natureland (taman hidupan luaran)
  • The Cocoon (pusat penemuan tertutup)

Pengunjung bebas untuk meneroka kedua-dua kawasan mengikut keselesaan dan tempo masing-masing.

+ Apakah waktu operasi untuk Entopia By Night?

Entopia By Night beroperasi dari Khamis hingga Ahad.

  • Waktu operasi: 7:00 malam – 10:00 malam
  • Kemasukan terakhir: 9:00 malam

+ Kawasan manakah yang dibuka semasa Entopia By Night?

Semasa Entopia By Night:

  • Natureland (taman hidupan luaran): Dibuka
  • The Cocoon (pusat penemuan tertutup): Ditutup selepas 6:00 petang

+ Bolehkah saya masuk semula ke taman pada hari yang sama?

Tidak. Kemasukan semula pada hari yang sama tidak dibenarkan.

Sebaik sahaja anda keluar dari taman, kemasukan semula pada hari tersebut tidak dibenarkan. Pengunjung dinasihatkan untuk merancang lawatan dengan baik dan memastikan semua aktiviti telah selesai sebelum meninggalkan kawasan taman.

Pembelian Tiket & Kemasukan

+ Bagaimana proses pembelian tiket atas talian?

Pembelian tiket atas talian boleh dilakukan melalui laman web rasmi Entopia dan disertakan dengan pengesahan segera.

Selepas pembelian berjaya:

  • E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan
  • E-tiket akan dilampirkan dalam e-mel tersebut

Pengunjung digalakkan menggunakan e-mel peribadi bagi mengelakkan masalah penghantaran

+ Apa perlu saya lakukan jika tidak menerima e-tiket?

Jika anda tidak menerima e-tiket:

  • Sila semak folder Spam atau Junk
  • Pastikan alamat e-mel yang dimasukkan adalah betul

Jika masalah berterusan, sila hubungi:

  • (6013) 425 2830 (Hotline Entopia)
  • reservation@entopia.com

+ Berapakah tempoh sah e-tiket?

  • E-tiket sah selama 45 hari dari tarikh pembelian
  • Tiket hanya sah dalam tempoh tersebut

Tiket yang telah tamat tempoh:

  • Tidak akan diterima
  • Tidak boleh dilanjutkan, diganti atau dipulangkan

+ Bolehkah saya menggunakan e-tiket lebih daripada sekali?

Tidak. Setiap e-tiket hanya sah untuk:

  • Sekali penebusan sahaja
  • Kemasukan satu kali sahaja

+ Bolehkah tiket yang dibeli secara pukal digunakan secara berasingan?

Tidak. Pembelian pukal dalam satu transaksi:

  • Mesti ditebus sekali gus pada masa yang sama
  • Tidak boleh diasingkan untuk lawatan berbeza

+ Adakah tiket atas talian boleh dipulangkan atau ditukar?

Tidak. Semua pembelian tiket atas talian adalah:

  • Muktamad dan tidak boleh dipulangkan
  • Tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau perkhidmatan lain

+ Apa yang berlaku jika hujan?

Tiket adalah sah dalam semua keadaan cuaca (hujan atau panas).

  • Tiada pemulangan wang akan diberikan disebabkan keadaan cuaca
  • Pengunjung digalakkan menyemak ramalan cuaca sebelum membuat pembelian
  • Pengunjung juga digalakkan untuk memulakan lawatan di The Cocoon (pusat penemuan tertutup) sekiranya cuaca tidak mengizinkan
  • Teruskan ke taman hidupan luaran apabila keadaan cuaca bertambah baik

+ Bagaimana cara untuk masuk ke taman menggunakan tiket saya?

Untuk memasuki Entopia:

  • Tunjukkan tiket anda (dalam bentuk cetakan atau pada peranti mudah alih)
  • Imbas kod QR di pintu masuk (turnstile)

Pastikan kod QR:

  • Jelas dan mudah dibaca
  • Tidak rosak atau kabur
  • Boleh diimbas dengan sempurna

+ Dokumen apa yang perlu dibawa semasa kemasukan?

Pengunjung mungkin perlu menunjukkan:

  • MyKad atau pasport
  • Dokumen sokongan untuk kadar kanak-kanak atau warga emas (jika berkenaan)

+ Apa berlaku jika saya menunjukkan jenis tiket yang salah?

Jika tiket yang ditunjukkan tidak sepadan:

  • Kemasukan boleh ditolak, atau
  • Pengunjung perlu membayar perbezaan harga (top up)

Tiada pemulangan wang akan diberikan dalam kes ini.

+ Bolehkah saya masuk semula selepas tiket telah diimbas?

Tidak. Semua tiket adalah sah untuk sekali kemasukan sahaja, dan kemasukan semula pada hari yang sama tidak dibenarkan.

Lokasi & Kemudahan Parking

+ Di manakah lokasi Entopia?

Entopia terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, di alamat berikut:

  • 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang, Malaysia

+ Berapakah jarak Entopia dari lokasi utama?

  • Dari George Town: 18 km
  • Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: 32.5 km

Masa perjalanan mungkin berbeza bergantung kepada keadaan trafik semasa.

+ Apakah koordinat GPS Entopia?

  • Latitud: 5.450207
  • Longitud: 100.214838

Koordinat ini boleh digunakan untuk navigasi melalui GPS atau aplikasi peta.

+ Apakah laluan terbaik untuk ke Entopia?

Jika anda datang dari George Town, anda boleh menggunakan laluan pesisir pantai melalui:

  • Tanjung Tokong/Tanjung Bungah/Batu Ferringhi/Teluk Bahang

Apabila tiba di Teluk Bahang:

  • Cari bulatan dengan arca tumbuhan periuk kera (pitcher plant) yang besar
  • Ambil susur keluar pertama (arah jam 9)
  • Teruskan perjalanan sekitar 1.5 km untuk sampai ke Entopia

+ Bolehkah saya ke Entopia menggunakan pengangkutan awam?

Ya. Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang:

  • Bas 101: Weld Quay → Teluk Bahang
  • Bas 102: Lapangan Terbang → Teluk Bahang
  • Bas 501: Balik Pulau → Teluk Bahang

Alternatif lain termasuk teksi dan perkhidmatan e-hailing yang mudah didapati.

+ Adakah parking disediakan di Entopia?

Ya. Parking disediakan di lokasi:

  • 67 petak parkir kereta
  • 2 petak parkir bas/coach

Parking adalah percuma, namun semua kenderaan diparkir atas risiko pemilik sendiri.

+ Adakah terdapat pilihan parking tambahan berdekatan?

Ya. Parking tambahan disediakan di:

  • Kawasan bertentangan Entopia
  • Diuruskan oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA)

+ Adakah parking mesra OKU disediakan?

Ya. Petak parkir khas untuk OKU / pengunjung berkeperluan khas disediakan berhampiran Entrance Foyer untuk kemudahan akses.

+ Adakah kemudahan pengecas EV disediakan?

Ya. Entopia menyediakan 2 ruang pengecas kenderaan elektrik (EV) di kawasan parkir untuk kemudahan pengunjung.

  • Ruang pengecas (bay) adalah berasaskan bayaran melalui aplikasi (app-based payment)
  • Tertakluk kepada siapa cepat dia dapat (first-come, first-served)
  • Pengunjung digalakkan merancang perjalanan lebih awal, terutamanya semasa waktu puncak.

 

Aksesibiliti & Kemudahan Pengunjung

+ Adakah Entopia mesra kerusi roda?

Ya. Entopia direka untuk mesra kerusi roda dari kawasan pintu masuk sehingga ke tarikan utama.

Kedua-dua kawasan berikut boleh diakses oleh pengguna kerusi roda:

  • Natureland (taman hidupan luaran)
  • The Cocoon (pusat penemuan tertutup)

+ Adakah lif disediakan?

Ya. Walaupun travellator tidak sesuai untuk pengguna kerusi roda, pengunjung boleh menggunakan:

  • Lif awam untuk akses ke semua aras bangunan

+ Adakah kerusi roda disediakan?

Ya. Entopia menyediakan dua (2) kerusi roda secara percuma.

Kerusi roda disediakan berdasarkan:

  • Siapa cepat dia dapat (first-come, first-served)

Pengunjung yang memerlukan bantuan digalakkan untuk mendapatkan bantuan di Kaunter Informasi.

+ Adakah tandas mesra OKU disediakan?

Ya. Tandas mesra OKU disediakan di semua lokasi tandas dalam kawasan taman.

+ Apakah kemudahan yang disediakan di Entopia?

Pengunjung boleh menikmati kemudahan berikut:

  • Tandas
  • Bilik penyusuan bayi 
  • WiFi percuma
  • Perkhidmatan pertolongan cemas & bilik rawatan 
  • Akses travellator & lif
  • Kafe & snack bar
  • Kedai cenderamata

Bantuan tambahan juga boleh didapati di Kaunter Informasi dan bahagian perhubungan Pelawat.

+ Adakah payung disediakan?

Ya. Payung disediakan semasa cuaca hujan, tertakluk kepada ketersediaan.

+ Apakah kemudahan yang TIDAK disediakan?

Kemudahan berikut tidak disediakan pada masa ini:

  • Kereta sorong bayi (baby stroller)
  • Buggy / kenderaan dalam taman
  • Telefon awam
  • Stesen pengecasan / dock pengecas
  • Mesin ATM
  • Perkhidmatan pertukaran mata wang asing
  • Perkhidmatan pemandu pelancong 
  • Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak
  • Loker penyimpanan barang (akan disediakan pada masa akan datang)
  • Perkhidmatan valet

Cuaca & Tips Lawatan

+ Apa yang boleh saya jangkakan semasa cuaca hujan?

Entopia beroperasi dalam semua keadaan cuaca.

  • Taman hidupan luaran (Natureland) dilitupi dengan bumbung berjaring
  • Namun, kupu-kupu adalah haiwan berdarah sejuk dan mungkin menjadi kurang aktif ketika hujan atau cuaca sejuk

Dalam keadaan ini:

  • kupu-kupu mungkin berehat di antara tumbuhan
  • Bilangan kupu-kupu yang kelihatan mungkin berkurang berbanding hari yang cerah

+ Apa perlu saya lakukan jika hujan semasa lawatan?

Pengunjung digalakkan untuk:

  • Memulakan lawatan di The Cocoon (pusat penemuan tertutup)
  • Menyambung lawatan ke taman hidupan luaran apabila keadaan cuaca kembali baik

+ Adakah pemulangan wang disediakan disebabkan cuaca buruk?

Tidak. Tiket adalah:

  • Sah dalam semua keadaan cuaca (hujan atau panas)
  • Tidak boleh dipulangkan atas sebab cuaca

Pengunjung dinasihatkan untuk menyemak ramalan cuaca sebelum lawatan.

+ Apa yang perlu saya pakai semasa melawat Entopia?

Memandangkan Entopia merupakan tarikan gabungan ruangan dalam dan luar, pengunjung digalakkan memakai:

  • Pakaian ringan dan selesa
  • Kasut yang sesuai untuk berjalan

Untuk pengalaman yang lebih unik:

  • Memakai warna cerah seperti merah, oren atau kuning mungkin meningkatkan peluang kupu-kupu hinggap pada anda

+ Ada tips untuk bergambar bersama kupu-kupu?

Ya. Untuk pengalaman terbaik:

  • Elakkan mengejar kupu-kupu
  • Jangan cuba memegang sayap mereka
  • Berdiri atau duduk dengan tenang dan biarkan kupu-kupu mendekati anda secara semula jadi

Anggap diri anda seperti “bunga”, kesabaran sering membawa kepada momen yang paling indah.

+ Bilakah waktu terbaik untuk melawat Entopia (sesi siang)?

Untuk aktiviti kupu-kupu yang paling aktif:

  • Lawat pada hari yang cerah
  • Datang lebih awal pada waktu pagi, apabila kupu-kupu lebih aktif

 

Peraturan & Polisi Taman

+ Apakah peraturan umum yang perlu dipatuhi oleh pengunjung?

Bagi memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua, pengunjung diminta untuk mematuhi peraturan berikut:

  • Haiwan peliharaan dan haiwan luar tidak dibenarkan masuk ke dalam taman
  • Merokok adalah dilarang sama sekali di semua kawasan dalam dan luar
  • Sila buang sampah di tempat yang disediakan
  • Pengunjung tidak dibenarkan mengganggu, menyentuh atau mengendalikan haiwan serta pameran kecuali di bawah pengawasan kakitangan Entopia
  • Memberi makanan kepada haiwan adalah dilarang
  • Tumbuhan dan bunga tidak boleh dipetik atau dibawa keluar

+ Adakah pengunjung dibenarkan mengutip kupu-kupu atau spesimen?

Tidak. Tindakan berikut adalah dilarang sama sekali:

  • Menangkap kupu-kupu hidup
  • Mengutip spesimen yang telah mati

Mana-mana individu yang melanggar peraturan ini boleh:

  • Dikenakan denda
  • Berdepan tindakan undang-undang di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar

Pemilikan spesies dilindungi tanpa lesen yang sah boleh dikenakan:

  • Denda sehingga RM50,000 dan/atau
  • Penjara sehingga 2 tahun

+ Adakah aktiviti komersial dibenarkan di dalam taman?

Tidak. Aktiviti berikut tidak dibenarkan di dalam kawasan Entopia:

  • Jualan atau promosi tanpa kebenaran
  • Sebarang aktiviti komersial oleh pihak ketiga

+ Adakah terdapat sekatan terhadap tingkah laku pengunjung?

Ya. Bagi tujuan keselamatan dan pemeliharaan:

  • Memanjat batu, pokok atau struktur adalah dilarang
  • Sebarang bentuk perjudian adalah dilarang
  • Pengambilan atau pemindahan mana-mana harta taman adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang

Pengunjung juga dikehendaki mematuhi semua papan tanda keselamatan dan arahan yang diberikan di seluruh kawasan taman.

+ Adakah Entopia bertanggungjawab terhadap kecederaan atau insiden?

Pengunjung bertanggungjawab untuk mematuhi semua peraturan dan garis panduan keselamatan.

Entopia tidak akan bertanggungjawab terhadap:

  • Kecederaan atau kemalangan yang berlaku akibat aktiviti yang melanggar peraturan atau tidak selamat
  • Kehilangan atau kerosakan harta benda

+ Apakah barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam taman?

Bagi tujuan keselamatan dan sekuriti, barangan berikut adalah dilarang sama sekali:

  • Peranti terbang kawalan jauh (contoh: dron, kapal terbang RC)
  • Peralatan beroda peribadi (contoh: segway, kasut beroda, skateboard, roller skates)
  • Minuman beralkohol
  • Senjata atau objek tajam (contoh: pisau, bilah, senjata api, bahan letupan)
  • Bunga api dan mercun

 

Garis Panduan & Prosedur Kecemasan

+ Adakah pemeriksaan keselamatan dilakukan di pintu masuk?

Ya. Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengunjung:

  • Pemeriksaan beg mungkin dijalankan di pintu masuk
  • Taman dipantau melalui sistem CCTV 24 jam
  • Semua kawasan awam dirakam untuk tujuan keselamatan, sekuriti dan operasi

Pengunjung digalakkan untuk menyemak Dasar Privasi Entopia sebelum memasuki taman.

+ Adakah kanak-kanak dibenarkan masuk seorang diri?

Tidak. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mesti:

  • Ditemani oleh ibu bapa atau penjaga pada setiap masa

+ Adakah terdapat garis panduan keselamatan untuk laluan pejalan kaki yang bergerak (travellator)?

Ya. Bagi memastikan penggunaan yang selamat:

  • Kerusi roda dan stroller tidak dibenarkan di atas travellator
  • Pengguna kerusi roda perlu menggunakan lif awam
  • Kanak-kanak mesti sentiasa diawasi oleh orang dewasa
  • Berlari di atas travellator adalah tidak dibenarkan

+ Apa perlu saya lakukan jika berlaku kecemasan?

Jika penggera kecemasan diaktifkan:

  • Kekal tenang
  • Bergerak ke pintu keluar atau pintu kebakaran terdekat
  • Berkumpul di kawasan parkir

Pasukan Kecemasan Entopia akan membantu dalam proses pemindahan.

+ Adakah perkhidmatan pertolongan cemas disediakan?

Ya. Perkhidmatan pertolongan cemas termasuk Automated External Defibrillator (AED) disediakan di dalam taman.

  • Sila laporkan sebarang insiden kepada kakitangan terdekat dengan segera
  • Bantuan juga boleh diperoleh di Kaunter Informasi

 

Etika & Tatacara Pengunjung

+ Adakah terdapat kod pakaian yang perlu dipatuhi?

Ya. Pengunjung dikehendaki berpakaian sopan dan sesuai selaras dengan undang-undang Malaysia.

Pakaian yang mengandungi:

  • Unsur lucah
  • Kandungan yang menyinggung perasaan

tidak dibenarkan sama sekali.

+ Bolehkah pengunjung mengadakan permainan atau aktiviti berkumpulan di dalam taman?

Aktiviti berkumpulan atau permainan yang dianjurkan hanya dibenarkan dengan kelulusan awal daripada pihak pengurusan taman.

Sila ambil perhatian:

  • Caj tambahan akan dikenakan untuk aktiviti luar
  • Semua aktiviti mesti mematuhi garis panduan taman dan tidak mengganggu pengunjung lain

Untuk kelulusan dan urusan lanjut, pengunjung digalakkan menghubungi pasukan jualan di sales@entopia.com terlebih dahulu.

+ Adakah merokok dibenarkan di dalam taman?

Tidak. Merokok termasuk penggunaan rokok elektronik (e-cigarette) adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan taman.

Kawasan merokok yang ditetapkan hanya disediakan di luar bangunan.

+ Apakah tingkah laku yang diharapkan daripada pengunjung?

Pengunjung dijangka untuk:

  • Menghormati pengunjung lain dan harta taman
  • Mengelakkan tingkah laku yang mengganggu, menyinggung atau tidak sesuai

Sekiranya berlaku:

  • Kerosakan tidak sengaja → sila laporkan segera (pertimbangan boleh diberikan)
  • Kerosakan sengaja atau vandalisme → tindakan undang-undang dan caj akan dikenakan

+ Apa akan berlaku jika pengunjung tidak mematuhi peraturan?

Pengunjung yang gagal mematuhi peraturan boleh:

  • Diminta untuk meninggalkan kawasan taman
  • Diiring keluar oleh pihak keselamatan
  • Kehilangan keistimewaan lawatan pada masa akan datang

Entopia amat menghargai kerjasama semua pengunjung dalam mengekalkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk semua.

 

Makanan & Minuman

+ Bolehkah saya membawa makanan dan minuman dari luar ke dalam taman?

Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam taman.

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk:

  • Bayi
  • Pengunjung yang mempunyai keperluan perubatan atau diet khas

Pengunjung digalakkan untuk menggunakan kemudahan makanan yang disediakan di dalam Entopia.

+ Apakah pilihan makanan yang tersedia di Entopia?

Pengunjung boleh menikmati pengalaman makan yang unik di Tapestree, yang terletak di kawasan taman hidupan luaran (Natureland).

Kafe Tapestree menawarkan:

  • Pilihan hidangan gabungan Asia dan Barat
  • Menu yang diperakui Halal
  • Suasana makan yang dikelilingi alam semula jadi

+ Apakah yang istimewa tentang pengalaman makan di Tapestree?

Tapestree menawarkan pengalaman “dine-with-butterflies” yang unik, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan gabungan masakan Asia dan Barat dalam suasana santai yang diinspirasikan oleh alam semula jadi di dalam taman.

+ Apakah waktu operasi untuk Tapestree?

  • Waktu siang: 10:00 pagi – 5:00 petang (setiap hari), (waktu pesanan terakhir adalah pada jam 4:45 petang)
  • Waktu malam (Entopia By Night): 7:00 malam – 8:30 malam (Khamis hingga Ahad)

+ Adakah makanan di Entopia Halal?

Ya. Kafe Tapestree adalah Halal yang disahkan, menawarkan pelbagai hidangan gabungan Asia dan Barat yang sesuai untuk pengunjung Muslim.

+ Adakah Kafe Tapestree menyediakan keperluan diet khas?

Pengunjung yang mempunyai keperluan atau sekatan diet boleh:

  • Berbincang dengan staf kafe untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bahan dan cara penyediaan makanan

+ Adakah tersedia ruang makan peribadi atau acara kecil di Tapestree?

Ya. Kafe Tapestree boleh menampung acara persendirian sehingga 20 orang tetamu.

Untuk acara yang lebih besar, pengunjung boleh mempertimbangkan:

  • The Sphere
  • The Stellar

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pasukan jualan di sales@entopia.com.

 

Aktiviti Harian

+ Adakah aktiviti harian disediakan di Entopia?

Ya. Entopia menawarkan Aktiviti Harian berasaskan Alam Semula Jadi yang percuma untuk semua pengunjung berbayar:

  • Kebanyakannya percuma
  • Dijalankan pada waktu yang dijadualkan sepanjang hari
  • Diadakan di lokasi terpilih di antara Natureland dan The Cocoon
  • Dikendalikan oleh Pakar Aktivis Alam kami
  • Tertakluk berdasarkan siapa cepat, dia dapat

 Tempahan tidak diperlukan dan tidak dibenarkan

+ Di manakah saya boleh menyemak jadual aktiviti harian?
Pengunjung boleh merujuk kepada:

  • Papan aktiviti di dalam taman
  • Papan tanda di pintu masuk
  • Paparan digital di lokasi

Jadual juga boleh didapati di laman web kami:
https://www.entopia.com/nature-learning-activities/

Sila ambil perhatian bahawa jadual tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Oleh itu, pengunjung digalakkan untuk datang lebih awal bagi mengelakkan terlepas mana-mana sesi.

+ Adakah aktiviti ini bergantung kepada cuaca? 

Ya. Sesetengah aktiviti dijalankan di kawasan luar dan mungkin:

  • Diubah suai atau dibatalkan bergantung kepada keadaan cuaca

+ Is guided tour service available at Entopia?
No. But visitors can contact learning(at)entopia.com  in advance and a fee will be applicable.

 

Program Pendidikan

+ Adakah Entopia menawarkan program pendidikan?

Ya. Entopia menyediakan pelbagai program termasuk:

  • Program Pembelajaran Alam (program sekolah)
  • Bengkel Pembelajaran Alam
  • Aktiviti pembinaan pasukan (team building)
  • Program Outreach
  • Kem alam semula jadi (nature camps)
  • Acara khas

Program-program ini direka bentuk untuk menjadi berasaskan pendidikan, interaktif serta sesuai untuk semua peringkat umur, di samping menggalakkan pemikiran kritis, kerja berpasukan dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap alam semula jadi.

+ Apakah itu Nature Learning Programme (NLP)?
Nature Learning Programme (NLP) ialah program pembelajaran berstruktur untuk pelajar bagi mempelajari dunia serangga dan invertebrata melalui pengalaman pembelajaran secara hands-on.

Program ini membantu pelajar untuk berhubung dengan alam semula jadi serta membina kefahaman dan penghargaan terhadap persekitaran semula jadi di sekeliling mereka.

+ Apakah itu Program Team Building?

Program Team Building ialah program berasaskan alam semula jadi yang memberi pengalaman pembelajaran kepada pasukan korporat dengan fokus kepada kerjasama, keseronokan dan kepimpinan.

+ Adakah kadar khas disediakan untuk kumpulan sekolah?

Ya. Entopia menawarkan kadar konsesi untuk kumpulan sekolah.

Untuk pertanyaan atau tempahan:

+ Adakah lawatan NGO atau CSR disediakan?

Ya. Pengaturan khas boleh dibuat untuk:

  • Rumah anak yatim
  • Rumah warga emas
  • Organisasi bukan kerajaan (NGO)

Permohonan perlu dihantar melalui surat rasmi ke learning@entopia.com.

Organisasi yang berminat untuk menaja lawatan ini sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR juga boleh menghubungi saluran yang sama.

+ Adakah aktiviti berkhemah dibenarkan di Entopia?

Aktiviti berkhemah tidak dibenarkan untuk lawatan biasa.

Walau bagaimanapun, Entopia menawarkan Program Nature Camp khas yang tertakluk kepada syarat berikut:

  • Minimum kumpulan: 20 orang
  • Tempahan awal diperlukan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Staf Pembelajaran di learning@entopia.com.

Penggambaran & Sewa Lokasi

+ Adakah fotografi dibenarkan di dalam taman?

Ya. Fotografi kasual untuk kegunaan peribadi adalah dibenarkan.

Pengunjung digalakkan untuk sentiasa peka terhadap:

  • Pengunjung lain
  • Alam semula jadi dan persekitaran

+ Bolehkah saya menjalankan fotografi atau penggambaran profesional?

Ya, tetapi perlu mendapat kelulusan awal daripada pihak pengurusan.

Ini merangkumi:

  • Fotografi pra-perkahwinan
  • Penggambaran komersial
  • Produksi media
  • Penggambaran iklan atau pemasaran

Permohonan perlu dikemukakan:

  • Sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal
  • Tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan

Sila ambil perhatian:

  • Caj akan dikenakan
  • Semua aktiviti mesti mematuhi garis panduan taman dan tidak mengganggu pengunjung lain

Untuk kelulusan dan urusan lanjut, sila hubungi pasukan jualan di sales@entopia.com terlebih dahulu.

+ Adakah penggunaan dron dibenarkan?

Penggunaan dron:

  • Dibenarkan di luar kawasan taman sahaja
  • Dilarang sama sekali di dalam kawasan taman

+ Adakah aktiviti penggambaran dibenarkan mengganggu pengunjung lain?

Tidak. Semua aktiviti penggambaran tidak boleh:

  • Mengganggu keselesaaan pengunjung lain
  • Menyekat atau menutup mana-mana kawasan dalam taman

 

Ruang Acara & Pakej Mesyuarat

+ Adakah Entopia menawarkan sewaan ruang untuk acara khas?

Ya. Entopia menawarkan ruang acara yang unik dan eksklusif:

  • The Sphere
  • The Stellar

Kedua-dua ruang ini menampilkan:

  • Pemandangan panorama taman alam semula jadi
  • Ruang dengan pencahayaan semula jadi yang mewujudkan suasana acara yang inspiratif

+ Apakah kemudahan yang disediakan di ruang acara?

Kedua-dua ruang dilengkapi dengan kemudahan berikut:

  • Penyaman udara 
  • Sistem PA standard termasuk mikrofon
  • Projektor dan skrin (disediakan atas permintaan sewaan)
  • Papan putih dan flipchart
  • Alat tulis
  • WiFi percuma
  • Akses ke bilik penyusuan bayi dan surau
  • Tandas lelaki, perempuan dan mesra OKU

+ Apakah jenis acara yang sesuai diadakan?

Ruang ini sesuai untuk pelbagai jenis acara seperti:

  • Mesyuarat
  • Bengkel (workshop)
  • Acara korporat
  • Sambutan hari lahir dan majlis khas
  • Sesi pembangunan pasukan (team building)

+ Apakah kapasiti tempat duduk bagi setiap ruang?

The Sphere

  • Teater: 80 pax
  • Bankuet: 60 pax / Cabaret: 36 pax
  • Kelas: 24 pax
  • Bilik mesyuarat: 24 pax / U-shape: 20 pax

The Stellar

  • Teater: 120 pax
  • Bankuet: 100 pax / Cabaret: 60 pax
  • Kelas: 24 pax
  • Bilik mesyuarat: 24 pax / U-shape: 20 pax

+ Apakah pakej yang ditawarkan?

  • Sehari penuh: 9:00 pagi – 6:00 petang
  • Separuh hari: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari

+ Apakah yang termasuk dalam Pakej Mesyuarat?

Pakej Mesyuarat merangkumi sewaan ruang, minuman ringan, makanan, tiket masuk serta kemudahan mesyuarat.

+ Adakah makanan dan minuman disediakan untuk acara?

Ya. Makan tengah hari serta minuman ringan (kopi/teh) boleh diatur lebih awal atas permintaan.

+ Bagaimana cara untuk membuat pertanyaan berkaitan tempahan untuk ruang acara?

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi:

 

Lost & Found & Perkhidmatan Lain

+ Apa perlu saya lakukan jika kehilangan barang?

Semua barang hilang dan jumpa (lost & found) boleh:

  • Dilaporkan di
  • Dituntut di

Kaunter Informasi yang terletak di Entrance Foyer.

+ Adakah loker disediakan?
Ya. Loker disediakan bermula 29 April 2026 untuk kemudahan pengunjung.

Sila ambil perhatian:

  • Loker disediakan untuk penyimpanan sementara semasa lawatan
  • Penggunaan tertakluk kepada ketersediaan dan caj yang berkenaan
  • Pengunjung digalakkan menyimpan barangan bukan berharga sahaja
  • Entopia tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang yang disimpan

+ Adakah penyimpanan bagasi disediakan?
Ya. Pengunjung boleh mendaftar untuk penyimpanan bagasi di Kaunter Informasi yang terletak di Foyer Pintu Masuk.

Sila ambil perhatian:

  • Disediakan untuk barangan besar atau berat yang tidak sesuai disimpan dalam loker
  • Penyimpanan adalah untuk kegunaan jangka pendek semasa lawatan
  • Pengunjung digalakkan menyimpan barangan bukan berharga sahaja
  • Entopia tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang yang disimpan

+ Adakah terdapat kedai cenderamata?

Ya. Entopia Store terletak di penghujung laluan lawatan pengunjung.

+ Apakah waktu operasi kedai cenderamata?

  • Dibuka setiap hari: 9:00 pagi – 6:00 petang

+ Apakah kaedah pembayaran yang diterima di kedai cenderamata?

  • Tunai
  • Kad kredit/debit (Visa, MasterCard, China UnionPay, JCB)
  • E-dompet (e-wallet)

Mata wang asing yang terpilih juga diterima. Kadar pertukaran boleh didapati di kaunter pembayaran.

+ Apakah polisi pertukaran atau pemulangan produk jualan?

Semua barangan yang dijual tidak boleh dipulangkan tidak boleh ditukar atau dikembalikan.

Semua keputusan adalah muktamad.

+ Apakah yang berlaku jika barangan di Entopia Store rosak secara tidak sengaja?
Pengunjung dinasihatkan untuk mengendalikan semua barangan dengan berhati-hati.

Sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau pecah, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan, barangan tersebut akan dianggap telah dibeli dan bayaran penuh perlu dibuat.

Tanda “Once broken, considered sold” juga dipaparkan di dalam kedai untuk rujukan.

Hubungi Kami, Maklum Balas & Kerjaya

+ Bagaimana cara untuk memberi maklum balas?

Pengunjung boleh berkongsi maklum balas melalui:

  • E-mel: social@entopia.com
  • Platform media sosial rasmi Entopia
  • Platform seperti TripAdvisor, Google Reviews dan lain-lain

+ Adakah peluang kerjaya atau sukarelawan disediakan?

Ya. Untuk peluang pekerjaan atau pertanyaan berkaitan sukarelawan, sila hubungi:

+ Bagaimana cara untuk menghubungi Entopia?

Pertanyaan Am

Jualan & Pemasaran

Tiket & Tempahan

Pendidikan & Program

Tapestree

  • Hubungi: (604) 8851 741 ext. 8210

 

Ikuti Kami & Media Sosial

+ Di mana saya boleh ikuti Entopia di media sosial?

Ikuti Entopia untuk dapatkan info terkini, promosi dan kandungan di sebalik tabir:

+ Adakah terdapat saluran WhatsApp untuk maklumat terkini?

Ya. Anda boleh mengikuti saluran WhatsApp kami, “Voices of Nature”, untuk menerima kemas kini, pengumuman dan sorotan terus daripada kami.