• Selamat Datang Ke ENTOPIA

  • Pengalaman Belajar Dari Alam Semula Jadi

    Meninjau keajaiban alam sekitar dan menghayati keindahan alam semula jadi

  • Restoran Tapestree

    Santap sambil santai bersama dengan rama-rama

  • Pandora Forest

    Menjejak kaki ke alam fantasi rama-rama

Entopia sebuah perkataan ciptaan baru oleh pasukan kami. Entopia berdasarkan daripada gabungan dua perkataan, “Entomologi” dan “Utopia”. Entomologi adalah sebuah pengkhususan saintifik atau cabang ilmu yang mengkaji serangga. Utopia adalah suatu konsep rekaan yang menggambarkan sebuah dunia khayalan yang sempurna.

Impian Entopia adalah untuk menghubungkan manusia dengan alam semula jadi. Pelawat Entopia berpeluang untuk belajar dan berinteraksi dengan rama-rama, serangga, dan haiwan invertebrat lain yang tersembunyi dalam hutan dan di bawah tanah!

Dilengkapi dengan 150 spesies haiwan invertebrat dan reptilia, Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik yang membolehkan anda meninjau keajaiban alam sekitar dan menghayati keindahan alam semula jadi. Entopia merangkumi dua dunia yang membawa pengalaman yang berbeza, The Natureland (outdoor) dan The Cocoon (indoor).

The Natureland

Rumah kepada 15,000 ekor rama-rama berterbangan, Entopia antara taman rama-rama dan pepatung yang terbesar di Malaysia! The Natureland ialah ruang outdoor di Entopia, ia merupakan sebuah taman terpelihara yang dicipta semula sebagai habitat semula jadi untuk pelbagai spesies haiwan invertebrat dan reptilia. The Natureland juga berfungsi sebagai ruang ekologi terkongsi untuk haiwan-haiwan yang hidup di dalamnya. Entopia juga dilengkapi dengan lebih daripada 200 spesies flora, serta direka dengan air terjun, kolam, gua dan hiasan lain.

The Cocoon

The Cocoon ialah kepompong dalam Bahasa Inggeris, sejenis fasa hidup beluncas (ulat bulu) sebelum menjelma menjadi rama-rama yang melayang-layang di langit.

Cuba bayangkan sebuah pusat pembelajaran di luar ruangan kelas di mana anda berpeluang untuk menerokai ruang pameran indoor dan menyertai aktiviti serta permainan interaktif. Selain maklumat yang bernas dan menarik, kaedah pameran kami dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang interaktif dan informatif Antara ruang pameran kami adalah Pandora Forest, Metamorphosis, Lumino City, Breeding Ground, Downtown Entopia, Underground Mysteries dan Understory Tales.

  • "Saye suka! saya suka! saya suka! Bawalah anak-anak dan keluarga anda berkunjung ke Entopia dan nikmati dan pelajari tentang alam kehidupan rama-rama dan haiwan-haiwan dan serangga lain yang terdapat di sini."
    — Maklum Balas Pelawat
  • "Terbaik antara yang terbaik di Malaysia. Kami bersama anak-anak serta cucu-cucu menghabiskan cuti sekolah di sini. Teringat masa dekat Disneyland Paris sewaktu kami berlancong dulu. Apabila sampai di satu zon yang paling kami suka, ala-ala dalam cerita Avatar begitu! Dengan cahaya yang begitu menarik seolah-olah berada di alam Fantasi... Syabas! Entopia Butterfly Farm Penang!"

    — Maklum Balas Pelawat
  • "Anak-anak saya seronok sangat sampai ajak masuk lagi sekali lepas keluar dari kedai cenderahati. Sangat berbaloi dengan harganya. Penuh dengan keterujaan. Pasti akan kembali lagi."

    — Maklum Balas Pelawat
  • "Tempat yang sangat cantik, bersih dan paling penting terdapat banyak ilmu yang saya sendiri pelajari di sini. Saya melawat ke tempat ini dengan keluarga saya dan anak saudara saya yang berusia 4 dan 6 tahun sangat sangat suka tempat ini. Harga tiket sangat sangat berbaloi."

    — Maklum Balas Pelawat

Mengenali Entopia!

Klik sini untuk menonton video – Mai pakat mai ramai-ramai ke Entopia!

Waktu Lawatan

9:00 pg – 7:00 ptg
(Buka Setiap Hari termasuk Cuti Umum)


Waktu Masuk Terakhir 5.30 ptg

Notis Penutupan Operasi

Dimaklumkan bahawa operasi Entopia akan ditutup pada 9 Mei 2018 sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14. Entopia akan beroperasi semula mulai keesokkan harinya. 

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, Harap Maklum.

Kemudahan

Kaunter Informasi
Bilik Penyusuan Bayi
Pertolongan Cemas
Surau
The Sphere (Dewan Serba Guna)
The Atlas (Khas untuk member Friends of Entopia sahaja)
Restoran Tapestree (Khas untuk pelawat Entopia bertiket sahaja)
Tapestree To-Go (Dibuka untuk orang awam)
Entopia Store (Dibuka untuk orang awam)
EDU Helpdesk

Peta Entopia
Harga Tiket
Kategori PelawatHarga Tiket BiasaHarga Tiket MyKad
Dewasa
(Umur 13 ke atas)
RM65RM49
Kanak-kanak
(umur 4-12)
RM45RM29
Warga Emas
(Umur 60 ke atas)
RM45RM29
Pakej Keluarga
(hanya di kaunter tiket Entopia):
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
RM175RM127
Untuk dapatkan diskaun sebanyak 10%, beli tiket online 3 hari sebelum lawatan!
Perhatian:

Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah dibenarkan masuk secara percuma.

Sediakan kad pengenalan anda semasa membeli tiket di kaunter.

Harga tiket tidak akan dikembalikan sekiranya cuaca buruk.

Tempahan rombongan:

Rombongan lawatan (20 orang pelawat atau lebih) boleh dapat potongan harga jika ditempah 2 minggu sebelum lawatan.

Hubungi kami melalui emel sales@entopia.com untuk maklumat lanjut.

Tapestree Santap Sambil Santai

Restoran Tapestree berlatarkan keindahan The Natureland dan rama-rama yang melayang-layang. Di Restoran Tapestree, anda berpeluang untuk mengalami detik-detik istimewa bersama dengan rama-rama di samping menikmati makanan yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman. Makanan kami termasuk makanan Asia dan Barat, pencuci mulut, minuman ringan, kopi, teh dan lain-lain.

Aktiviti Entopia

Jom sertai aktiviti-aktiviti menarik semasa lawatan ke Entopia!

Aktiviti Outdoor (The Natureland)

10:00am - 10:45am
(Isnin - Ahad)

2:30pm - 3:15pm
(Isnin - Ahad)
Taklimat Alam Semula Jadi / Nature Talk 1
@ Laluan dari pintu masuk ke Dragon Path

Taklimat Alam Semula Jadi / Nature Talk 1
@ Laluan dari pintu masuk ke Dragon Path
11:30am - 12:00pm
(Isnin - Ahad)

4:00pm - 4:30pm
(Isnin - Ahad)
Vita Nova 1
@ Pintu masuk

Vita Nova 2
@ Pintu masuk

Aktiviti Indoor (The Cocoon)

11:00am - 11:30am
(Isnin - Ahad)
Pembiakan Kelip-kelip / Firefly Breeder
@ Lumino City
12:00pm - 12:30pm
(Isnin - Ahad)
Program Pembiakan Serangga / Insect Breeding Programme
@ Underground Mysteries
2:00pm - 2:30pm
(Isnin - Jumaat)
Pembiakan Rama-rama / Butterfly Breeder
@ Breeding Ground
3:30pm - 4:00pm
(Isnin - Ahad)
Pengembaraan Dunia Invertebrat / Bug Exploration
@ Cinerama
2:00pm - 2:30pm
(Sabtu - Ahad)
Entomophagy
@ Downtown Entopia

Untuk dapatkan diskaun sebanyak 10%, beli tiket online 3 hari sebelum lawatan!

Beli Tiket Online

Hotel

Tido-Penang-Hostel-thumb copy
Tido-Penang-Hostel-thumb copy
tropics eight

Info Lokasi

RapidPG_Logo

101: Dari Pengkalan Weld ke Teluk Bahang
102: Dari Lapangan Kapal Terbang Penang (PIA) ke Teluk Bahang
501: Dari Bandar Balik Pulau ke Teluk Bahang

pghoho

Bas Hop-On-Hop-Off (HOHO) Penang
Perhentian Bas No. 21 Laluan Pantai (Beach Route)